www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Wednesday, November 30, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (6)


ALLAH YANG MAHA PENGASIH

          Allah Maha Kuasa, Maha Berkehendak adalah Maha pengasih Maha Penyayang. Maha mencintai hamba-hambaNya. Dia menghendaki kebajikan dan pembalasan yang baik bagi para hambaNya di dunia dan akhirat. Mereka adalah salah jika berkeyakinan bahawa Allah mencintai seseorang hanya sebab keturunannya atau bentuknya apabila Dia menghendaki suatu kejahatan dan kehancuran. Akan tetapi kecintaan Allah adalah bergantung kepada istiqamah seseorang di dalam segala keinginannya, kehendaknya, akhlaknya, keyakinannya, keilmuannya, dan amal perbuatannya. Cinta merupakan asas hubungan antara manusia dan Tuhannya.

          Seorang mukmin ialah yang mencintai Tuhannya di atas segala-galanya. Dan dia tidak layak dan tidak dibenarkan memesongkan cintanya kepada yang selain Allah s.w.t. Kecintaan seorang mukmin terhadap Tuhannya akan membawa kepada kecintaan Allah baginya serta selalu mendapatkan pertolongan daripadaNya.  Di antara tanda-tanda cinta kepada Allah adalah selalu merindukan Allah s.w.t dengan berjumpaNya ketika melakukan ibadat serta mengharapkan ganjaran terhadap amal prbuatan yang soleh. Keredhaan Allah adalah sama dengan cintaNya.

          Di samping cinta juga merupakan salah satu sifat Allah, maka ia juga merupakan satu isyarat mengenai sesuatu yang diredhai oleh Allah terhadap umat manusia dari sisi agama, akhlak, dan amal perbuatan. Sementara tiada keredhaanNya terhadap sesuatu apa juapun merupakan ancaman bagi kemurkaanNya dan seksaanNya. Hasil dan balasan iman kepada Allah dan beramal soleh di dunia akan mendapat balasan di dunia dan akhirat kelak. Jika terdapat orang yang mengikuti jejak langkah syaitan, seperti kekafiran dan kerosakan di permukaan bumi, maka mereka akan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti.

           Allah s.w.t memberikan ancaman terhadap orang yang melampui batas kehormatan kehidupan dengan cara pembunuhan. Demikian juga Allah s.w.t sangat murka terhadap orang yang mengambil hak orang lain tanpa kebenaran, menutupi diri dengan sumpahsumpah  yang palsu atau dalil yang tidak benar.

ALLAH YANG MAHA ESA

          Walaupun mengenal Allah dan sifat-sifatNya merupakan asas iman, akan tetapi pengenalan kepada Allah dan mentauhidkanNya tidak hanya terhad berdasarkan keyakinan akal semata-mata. Hal yang demikian berdasarkan kenyataan al-Quran.  Pengetahuan yang benar terhadap sifat-sifat kesempurnaan tuhan akan menambahkan fitrah manusia terhadap kecintaannya kepada Allah akan melahirkan sebuah hubungan ibadah atau penyembahan.manusia adalah si penyembah dan sementara yang disembah adalah Allah.

          Tuntutan pertama daripada hubungan penyembahan ini bahawa manusia menyakini dengan hakikat penyembahan, mengakuinya dan mengungkapnaya. Kalimah Islam yang harus diungkapkan adalah bersaksi bahawa; “Tiada tuhan yang sebenarnya selain daripada Allah.” Ini bermakna bahawa tiada sesuatu yang wujud yang layak untuk dijadikan sembahan selain daripada Allah. Selepas kita menafikan segala Tuhan daripada kalangan makhluk serta menetapkan bahawa Tuhan hanya Allah sahaja, maka secara langsung kita menetapkan dan menyakini bahawa; “Muhammad adalah utusan Allah.” Dengan demikian syiar Islam mencapai kepada tahap kesempurnaan. Orang yang melakukan demikian adalah dianggap sebagai orang yang telah mendapatkan ketenangan hati.  Berkenaan dengan mengakui Keesaan Allah s.w.t itu, Islam telah menetapkan pembahagian kepada dua:

1.   Wahdinat Rububiah, dengan pengertian hanya Allah yang   
menciptakan, mengurus, dan mengendalikan alam semesta ini.

2.   Wahdinat Uluhiyah, dengan pengertian, hanya Allah sahaja yang
berhak dipuja, tempat meminta dan memohon pertolongan.

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

2 comments:

Rawiwa said...

umi, boh perenggan la... piau bijik mata baca non-stop.

Norazizah Binti Mohd Shohari said...

ok thanks, akan dikemaskini secepat mungkin, tarikh tutup penghantaran blog 12.12.2011. Harap sempat. Idea dan pendapat yang bernas sangat-sangat diharapkan.

Post a Comment