www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday, November 28, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (4)

KEWUJUDAN YANG KEKAL

          Di kalangan orang yang beriman dengan wujudnya Allah s.w.t atau dikalangan orang yang meragukan adanya Allah, ada yang menanyakan sama ada secara rahsia atau secara terus terang. Allah telah menciptakan alam ini, dan mereka tertanya-tanya tentang kewujudan Allah. Oleh sebab itu, munculnya soalan yang sedemikian kerana seseorang itu terlupa dengan dua perkara penting:-

          Pertama: Dia terlupa terhadap perbezaan antara tabiat alam yang wujud ini, sebagai contoh, jika salah seorang diantara kita menemui buku di atas jalanan. Kemudian kita tidak mempedulikannya atau kita tidak mengambilnya dan di sana tidak ada seorang pun yang wujud selain daripadanya. Beberapa saat kemudian, kita dapati buku tersebut wujud di rak perpustakaan. Jika yang demikian itu terjadi, maka kita tidaklah meragukan bahawa buku tersebut telah diangkat dan dibawa oleh seseorang dan buku tersebut tidak mungkin terangkat atau terbawa dengan dirinya sendiri sebab kita mengetahui secara yakin bahawa tabiat buku tersebut tidak berjalan dan tidak bergerak dengan sendirinya.  Sementara itu, jika meninggalkan seorang lelaki atau pun seorang perempuan di dalam sebuah bilik, dan dia tidak mempunyai sebarang penyakit dan tidak terkena sakit lumpuh, kemudian selepas itu, kita melihatnya terlentang di jalanan, maka yang demikian kita mengetahui secara pasti bahawa terlentangnya adalah dengan dirinya sendiri. Sebab diantara tabiat manusia bahawa dia berdiri, tidur, bergerak dan berdiam. Hal ini, sebagaimana buku berbeza dari segi tabiatnya dengan manusia. Oleh kerana itu, Allah s.w.t berbeza dari segi tabiatNya, zatNya, sifatNya dari segala sesuatu apa pun. Maha suci Allah daripada menyerupai sesuatu di antara makhlukNya.

         Kedua: persoalan yang menjadi tanda tanya tentang kewujudan Allah s.w.t. Logik dan pemikiran manusia adalah benar ketika dia mengambil sesuatu kesimpulan bahawa setiap mahkluk harus ada orang yang menciptakan. Tetapi logik pemikiran tersebut tidak boleh disamakan dengan kewujudan Allah. Tabiat sang percipta tidaklah sama dengan logik makhluk. Sebab kewujudan sang pencipta adalah berasaskan kepada zatnya sendiri.  Dia Maha tidak memerlukan terhadap apa yang diperlukan oleh makhluk daripada pelbagai sebab supaya dia boleh wujud dan berterusan di dalam kewujudannya.

KEKUASAAN ALLAH S.W.T

          Menurut pandangan Asy'riyyah secara mutlak lafaz al-khalik (pencipta) dan almukhtari' (krektor) diberikan kepada zat yang menciptakan sesuatu berdasarkan kekuasaanNya, sedangkan qudrah itu (kemampuan) dan al-maqdur (yang diberikan kemampuan) mengikut kekuasaan Allah SWT.  Maka Dia disebut pencipta dan krektor; al-maqdur bukan dibentuk oleh kekuasaan manusia, sekalipun ia mempunyainya, sehingga ia tidak disebut pencipta atau krektor, sehigga wajib dicari term lain,yang akhirnya ditemukan istilah kasb. Beliau juga berpendapat, upaya (al-kasb) merupakan bentuk kemampuan (al-maqdur) berdasarkan kekuasaan baru (qudrah hadithah), sedangkan kemampuan yang di dasarkan pada kekuasaan lama (qudrah qadimah) disebut penciptaan (al-khalq). Kekuasaan Allah adalah Maha sempurna. Kekuasaan tersebut terlepas daripada ikatan-ikatan kekuasaan yang ada pada makhluk. Kekuasaan Allah Maha Suci daripada halangan. Dia Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

           Kekuasaan Allah tidak tertanding oleh sesuatu sama ada yang kecil ataupun yang besar. Pengetahuan manusia terhadap kekuasaan Allah adalah bergantung kepada tahap kekuatan pemikiran manusia tersebut.  Manusia juga selalu diingatkan bahawa mereka tidak akan dapat terlepas daripada kekuasaan Allah. Segala amal perbuatan mereka di dunia tidak akan tersembunyi bagi Allah. Sebab semua umat manusia akan kembali kepadaNya. Allah s.w.t akan membangkitkan mereka dengan kekuasaanNya selepas kematian mereka untuk menerima pembalasan.

            Sesiapa yang berusaha mengumpulkan gambaran kehidupan di masa lalu dan akan datang dan kehidupan yang sedang berkembang dan yang sudah lumpuh, maka dia harus merasa hairan dan takjub terhadap kekuasaan agung yang menjadikan kehidupan alam semesta ini bahawa Allah s.w.t Maha Kuasa yang menguasai isi alam ini. Kekuasaan Allah tidak ada yang boleh menghalanginya. (Dr.Ahmad Zaki Hammad,2004:79-80).

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

0 comments:

Post a Comment