www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Saturday, November 26, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (2)

ALLAH MAHA PENCIPTA

          Allah adalah pencipta segala sesuatu, namun hikmahNya menghendaki bahawa manusia berhak mendapat pahala dan siksa, setelah manusia diberi pilihan untuk memilih masing-masing.  Manusia boleh melakukan perbuatan dengan kekuatan yang diciptakan oleh Allah kepada dirinya. Dengan kekuatan ini juga Dia boleh tidak melakukan perbuatan.  Jadi usaha (al-kasb) berjalan mengikut kekuatan yang diberikan ole Allah SWT kepada manusia. Dengan kata lain, konsep usaha (al-kasb) Maturidiyyah dapat di tentukan oleh manusia dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepadanya. Dalam keadaan ini, konsep usaha (al-kasb) Maturidiyyah berbeza dengan Asy'ariyyah. Sebab usaha (al-kasb) Asy'ariyyah tidak mempunyai pengaruh, kerana ia diciptakan oleh Allah, sama dengan perbuatan itu sendiri.

          Lazimnya benda-benda yang sekecil manapun apabila ia dicipta oleh manusia, maka tidak segan-segan orang yang bersangkutan mengumumkannya pada khalayak ramai. Maka akan tersebarlah berita tentang hasil penciptaan sesuatu barang itu beserta nama penciptanya di mana-mana.  Sebagaimana Alexander Graham Bell yang di kenali ramai dengan penciptan telefon. Setengah orang mengabdikan namanya pada barang ciptaannya. Contohya seperti Henry Ford yang mengenalkan jenis kereta Ford.  Pencipta sesuatu jenis barang lazimnya berusaha agar seluruh dunia mengenal dirinya, nama, riwat hidupdan kisah penemuanya terhadap sesuatu jenis barang ciptaannya. Betapalah lagi bagi pencipta seluruh alam ini. Sudah tentu ingin dirinya diketahui umum.

          Namun sehingga kini tiada seorang pun yan mengaku bahawa dialah yang mencipa langit, bumi dan ,manusia. Hanya Allah yang mengakui demikian. Dan orang-orang kafir pun tidak membantah tentang hakikat ini. Dalam firman Allah: "Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. 

          Alam yang dimaksudkan di sini bukan tertumpu pada langit dan bumi saja malah segala yang beredar di langit, melayap, merata, berterbangan di bumi dan apa juga yang dapat ditudukkan oleh kemampuan manusia.  Manusia hanya mampu meningkatkan mutu dan memperbanyakkan hasil keluaran sesuatu jenis tanaman itu. Sebagaimana pokok getah yang berasal dari Negara lain dan dibawa ke Malaysia. Ia ditanam dengan meluasnya di malayia dan akhirnya menjadi salah satu hasil eksport utama Malaysia suatu masa dahulu.Semua hasil penemuan ilmiah berasal dari sesuatu yang sudah ada. Tidak ada satu pun berasal dari yang tidak ada.  Begitu juga dengan pelbagai jenis haiwan burung dan serangga. Ia dihasilkan dari dua jenis jantina iaitu jantan dan betina (mansuruddin, 1996). Firman Allah s.w.t.: " Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)" ( Az-Zariat : 49).

KETELITIAN CIPTAAN ALLAH

          Allah mencabar manusia untuk mencita sesuatu makhluk dari ketiada ke ada. Atau mencipta jantina lelaki dan perempuan. Firman-Nya : " Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat.  Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.  (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya)" (Surah Al-Hajj:73). 

          Cabaran dari Allah ini akan terus berlaku dan berterusan sehingga ke hari kiamat.  Meskipun berkumpul sekalian pakar-pakar dari seluruh dunia dan bekerjasama, mereka tidak akan mampu untuk mencipta seekor lalat pun. Sehingga ini, manusia telah melangkah menjelajahi bulan , planet Marikh dan melakukan pelbagai penerokaan angkasa lepas. Namun mereka tidak berupaya untuk mencipta sesuatu. Telah terbukti bahawa matahari, bulan, dan bintang-bintang beredar dengan perhitungan tepat tanpa pernah maju atau mundur sedikit pun dalam terbit mahupun terbenamnya sejak berjuta tahun lalu.

          Masing-masing mempunyai garis edar tersendiri dengan jarak edar tetentu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. manusia tidak mampu mengejar terbitnya matahari walaupun hanya satu detik. Tidak juga manusia mampu menghenti atau mempercepat putaran bumi meskipun hanya seketika.  Meninjau tentang kejadian alam ini, jelas sekali membuktikan tentang ketelitian , keagungan dan kemampuan Al-Khalik sebagai Maha Pencipta. Ianya tidak dapat disanggah lagi oleh sesiapa pun.


BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

0 comments:

Post a Comment