www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Friday, December 16, 2011

SEKALUNG PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan rasa gembira dan terima kasih kepada :-

Pensyarah:  Puan Nadia Akma binti Ahmad Zaki
Alamat:  2A - 2, Kompleks Malim Sarjana,
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak.

Di atas segala panduan dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan KRT 3013.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan dalam EL A15, rakan-rakan di SK Satu, Tapah  malah Adik Anum dan Adik Wada yang banyak memberi idea dan komen membina.  Sayang untuk semua.  Semoga Allah membalas kebaikan kalian.


Ikhlas;
Norazizah Mohd Shohari
16 November 2011





BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Thursday, December 15, 2011

Thank You ALLAH - Raihan



INFO:-Hanya untuk Allah sahaja yang layak untuk kita bersyukur di atas segala kurniaanNya yang tidak terkira.  Wajarkah kita enggan mentaatiNya?


BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Raihan - Iman Mutiara




INFO:-
Iman adalah mutiara, Di dalam hati manusia, Yang menyakini Allah, Maha Esa Maha Kuasa, Tanpamu iman bagaimanalah, Merasa diri hamba pada Nya, Tanpamu iman bagaimanalah,  Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.  Iman tak dapat diwarisi, Dari seorang ayah yang bertaqwa , Ia tak dapat dijual beli. Ia tiada di tepian pantai. Walau apapun caranya jua.  Engkau mendaki gunung yang tinggi. Engkau merentas lautan api.  Namun tak dapat jua dimiliki, Jika tidak kembali pada Allah.






BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Wednesday, December 14, 2011

Peristiwa Subuh - Raihan




INFO:-
Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi,Berkumandang suara azan,mendayu memecah sepi,selang seli sahutan ayam.
Tetapi insan kalaupun ada hanya, mata yang celik dipejam lagi,Hatinya penuh benci,Berdengkurlah kembali.Begitulah peristiwa di subuh hari,Suara insan di alam mimpi.
Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah, sujud mengharap keampunannya, bersyukurlah bangkitlah segera,Moga mendapat keredaannya,Begitulah peristiwa di subuh hari setiap hari.






BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Tuesday, December 13, 2011

Kembalilah Kepada Tuhanmu, Jangan Putus Asa




INFO:-
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Terangilah dengan Nur ImanMu,  Hanya engkau tempat aku berserah,Memohon maghfirah di dalam syahdu.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,Ampunilah segala dosaku, Laksana buih di laut memutih,Hanyut di telan gelombang nafsu.




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Monday, December 12, 2011

AFG RUKUN IMAN




INFO:-



Kanak-kanak tentu terhibur apabila mendengar lagu berkaitan 'Rukun Iman" melalui video di atas.  Belajar sambil menyanyi sudah tentu akan mempercepatkan proses pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Sunday, December 11, 2011

... zikir penenang hati




INFO:-
Zikir harian wajar dijadikan santapan rohani setiap masa.  Tiada perkara yang lebih baik selain daripada mengingati Allah selagi hayat di kandung badan.  Mudah-mudahan Allah tempatkan kita semua di kalangan orang-orang yang beriman.






BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Saturday, December 10, 2011

Kata-kata Semangat dan Perangsang Kejayaan




INFO:-Buat mereka yang mengejar kejayaan, inspirasi dan motivasi bakal buat mereka semakin kuat.  Mereka yang jatuh, bina semula kekuatan dan bangun semula.  Video ini diharap dapat memberi inspirasi dan semangat dalam mengejar kejayaan.





BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Friday, December 9, 2011

MAKROPENGAJARAN KPD 3026 ELA16 D042679.MPG




INFO:-
Rakaman ini adalah sebahagian daripada Tugasan KPD 3026 di bawah seliaan Tutor E Learning; Profesor Madya Dr. Sadiah binti Baharom.  Matapelajaran tersebut adalah Pelajaran Jawi Tahun 1 dan bertajuk Rangkaikata/Kata Majmuk.
Refleksi;  Pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dengan baik.  Beberapa aspek perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan.




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Thursday, December 8, 2011

Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?




INFO:-Setiap patah perkataan menerusi video di atas boleh meningkatkan motivasi pelajar supaya sentiasa mengingati Allah.  Malah akan menyedarkan kita supaya sentiasa menjadi hamba Allah yang bertaqwa.




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Wednesday, December 7, 2011

Rintihan Qalbu




INFO:-Lagu nasyid di atas boleh diperdengarkan kepada pelajar kerana ia mempunyai unsur-unsur pengajaran di dalam senikata lagu tersebut.



BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Tuesday, December 6, 2011

Mikropengajaran - Kemahiran penutup.



INFO:-

Rakaman mikropengajaran ini telah diadakan di kelas 1 Pintar pada 30 Oktober 2011.  Rakaman ini adalah bahagian kemahiran penutup.  Matapelajaran yang diajarkan ialah Tilawah Al-Quran bertajuk Surah Al-Fatihah.  Refleksi;-  Beberapa aspek perlu diperbaiki lagi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan.




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Monday, December 5, 2011

VIDEO PERIBADI



INFO:-
Rakaman ini adalah bersempena Majlis Konvokesyen Prasekolah Kali Pertama Peringkat Daerah Batang Padang 2011.  Perasmian oleh:- ADUN Kawasan Ayer Kuning. Rakaman yang diambil adalah hanya murid-murid Sekolah Kebangsaan Satu, Tapah, Perak.




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Sunday, December 4, 2011

PROSES PERTUMBUHAN SEKUNTUM BUNGA




INFO:-
Berdasarkan video yang dipaparkan, pelajar akan mengetahui berbagai-bagai jenis tumbuhan yang berbunga melalui proses tumbesaran.  Proses tumbesaran pokok yang berbunga memang sungguh cantik dan unik.  Pelajar akan berasa seronok menyaksikan video tersebut.





BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Saturday, December 3, 2011

PROSES KEJADIAN SEEKOR AYAM





INFO:-
Berdasarkan video yang dipaparkan, pelajar akan memahami dan mengetahui proses pembentukan seekor anak ayam.  Seterusnya pelajar dapat mengetahui pula bagaimana sebiji telur menetas menjadi seekor anak ayam .  Anak ayam ini seterusnya akan menjadi seekor ayam dewasa.









BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Friday, December 2, 2011

PROSES PERTUMBUHAN BIJI BENIH



INFO:-

Berdasarkan video yang ditunjukkan, pelajar akan mengetahui dan menceritakan bagaimana proses biji benih tumbuh dan seterusnya menjadi sebatang pokok.  Pokok yang tumbuh dan hidup ini memberi manfaat kepada manusia dan juga tumbuhan yang lain.

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Thursday, December 1, 2011

HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA




INFO:-
Apabila kita melihat dan membuat penelitian menerusi video ini, kita akan menyedari dan menginsafi bahawa kerdilnya diri kita di sisi Allah.  Penciptaan manusia sangat unik dan menakjubkan.  Syukurilah segala nikmat yang diberikan kepada kita.

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Wednesday, November 30, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (6)


ALLAH YANG MAHA PENGASIH

          Allah Maha Kuasa, Maha Berkehendak adalah Maha pengasih Maha Penyayang. Maha mencintai hamba-hambaNya. Dia menghendaki kebajikan dan pembalasan yang baik bagi para hambaNya di dunia dan akhirat. Mereka adalah salah jika berkeyakinan bahawa Allah mencintai seseorang hanya sebab keturunannya atau bentuknya apabila Dia menghendaki suatu kejahatan dan kehancuran. Akan tetapi kecintaan Allah adalah bergantung kepada istiqamah seseorang di dalam segala keinginannya, kehendaknya, akhlaknya, keyakinannya, keilmuannya, dan amal perbuatannya. Cinta merupakan asas hubungan antara manusia dan Tuhannya.

          Seorang mukmin ialah yang mencintai Tuhannya di atas segala-galanya. Dan dia tidak layak dan tidak dibenarkan memesongkan cintanya kepada yang selain Allah s.w.t. Kecintaan seorang mukmin terhadap Tuhannya akan membawa kepada kecintaan Allah baginya serta selalu mendapatkan pertolongan daripadaNya.  Di antara tanda-tanda cinta kepada Allah adalah selalu merindukan Allah s.w.t dengan berjumpaNya ketika melakukan ibadat serta mengharapkan ganjaran terhadap amal prbuatan yang soleh. Keredhaan Allah adalah sama dengan cintaNya.

          Di samping cinta juga merupakan salah satu sifat Allah, maka ia juga merupakan satu isyarat mengenai sesuatu yang diredhai oleh Allah terhadap umat manusia dari sisi agama, akhlak, dan amal perbuatan. Sementara tiada keredhaanNya terhadap sesuatu apa juapun merupakan ancaman bagi kemurkaanNya dan seksaanNya. Hasil dan balasan iman kepada Allah dan beramal soleh di dunia akan mendapat balasan di dunia dan akhirat kelak. Jika terdapat orang yang mengikuti jejak langkah syaitan, seperti kekafiran dan kerosakan di permukaan bumi, maka mereka akan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti.

           Allah s.w.t memberikan ancaman terhadap orang yang melampui batas kehormatan kehidupan dengan cara pembunuhan. Demikian juga Allah s.w.t sangat murka terhadap orang yang mengambil hak orang lain tanpa kebenaran, menutupi diri dengan sumpahsumpah  yang palsu atau dalil yang tidak benar.

ALLAH YANG MAHA ESA

          Walaupun mengenal Allah dan sifat-sifatNya merupakan asas iman, akan tetapi pengenalan kepada Allah dan mentauhidkanNya tidak hanya terhad berdasarkan keyakinan akal semata-mata. Hal yang demikian berdasarkan kenyataan al-Quran.  Pengetahuan yang benar terhadap sifat-sifat kesempurnaan tuhan akan menambahkan fitrah manusia terhadap kecintaannya kepada Allah akan melahirkan sebuah hubungan ibadah atau penyembahan.manusia adalah si penyembah dan sementara yang disembah adalah Allah.

          Tuntutan pertama daripada hubungan penyembahan ini bahawa manusia menyakini dengan hakikat penyembahan, mengakuinya dan mengungkapnaya. Kalimah Islam yang harus diungkapkan adalah bersaksi bahawa; “Tiada tuhan yang sebenarnya selain daripada Allah.” Ini bermakna bahawa tiada sesuatu yang wujud yang layak untuk dijadikan sembahan selain daripada Allah. Selepas kita menafikan segala Tuhan daripada kalangan makhluk serta menetapkan bahawa Tuhan hanya Allah sahaja, maka secara langsung kita menetapkan dan menyakini bahawa; “Muhammad adalah utusan Allah.” Dengan demikian syiar Islam mencapai kepada tahap kesempurnaan. Orang yang melakukan demikian adalah dianggap sebagai orang yang telah mendapatkan ketenangan hati.  Berkenaan dengan mengakui Keesaan Allah s.w.t itu, Islam telah menetapkan pembahagian kepada dua:

1.   Wahdinat Rububiah, dengan pengertian hanya Allah yang   
menciptakan, mengurus, dan mengendalikan alam semesta ini.

2.   Wahdinat Uluhiyah, dengan pengertian, hanya Allah sahaja yang
berhak dipuja, tempat meminta dan memohon pertolongan.

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Tuesday, November 29, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (5)

ILMU ALLAH S.W.T

          Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Lafaz al-Quran tidak dapat disebut makhluk, dan juga bukan makhluk ini sebagai kritik terhadap pandangan mu'tazilah, bahawa al-Quran adalh makhluk yang diciptakan oleh Allah, juga pandangan Hasyawiyyah yang berpendapat bahawa huruf-huruf, jisim, warna dan apa sahaja yang terdapat diantara dua bahagian mushaf adalah bukan makhluk .  Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Kuasa mempunyai ilmu yang dapat mengetahui terhadap segala sesuatu yang wujud. Ilmu Allah terhadap zatNya dan makhlukNya adalah sama dengan kesempurnaanNya dan ketuhananNya. Tidak ada sesuatu yang ghaib daripada ilmuNya yang ada di dalam alam ini.

          Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang terdapat di dalam alam zarrah dan Maha Mengetahui  terhadap apa yang berlaku terhadap galaksi raya. IlmuNya mengetahui terhadap apa sahaja yang berlaku serta Allah Maha Mengetahui terhadap alam kehidupan dan segala sesuatu. Dia Maha Mendengar terhadap apa sahaja yang ditimbulkan oleh sesuatu. Malah Dia Maha Mengetahui segala bilangan yang terdapat di dalam dunia ini. Ilmu Allah tidak hanya terhad dan tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Ilmu Allah juga tidak hanya terbatas kepada alam ghaib ataupunalam nyata. Pada ilmu Allah, segala sesuatu yang dekat dan jauh adalah sama sahaja. Isyarat al-Quran terhadap keluasan ilmu Allah telah membawa pemikiran umat manusia kepada keagungan kewujudan Allah s.w.t juga akan menimbulkan di dalam jiwa manusia sebuah perasaan bertanggungjawab terhadap perbuatannya, pemikirannya dan sikapnya. Allah s.w.t telah mensabitkan akan kehadiran Allah bersama manusia, sama ada di kala bersendirian ataupun ketika berteman dengan orang lain.

          Perbincangan al-Quran mengenai ilmu Allah s.w.t terhadap segala keadaan manusia, suratan hati nurani, dan perbuatan mereka adalah berhubungkait dengan sikap manusia supaya beriman kepada Allah s.w.t dan juga beriltizam dengan petunjuknya di dalam segala urusan kehidupan. Kemudian kembalinya manusia menghadap Allah s.w.t serta pembalasan mereka daripada setiap sesuatu yang mereka lakukan. Di antara hakikat yang menakjubkan bahawa alam dengan segala isinya adalah membenarkan bagi ilmu Allah dan hukumnya.

           Al-Quran telah menceritakan tentang sekelompok daripada kalangan orang yang mendustakan orang-orang yang berprasangka bahawa Allah s.w.t dapat lupa terhadap apa yang mereka lakukan. Akan tetapi anggota badan mereka akan menjadi saksi ke atas perbuatan mereka di hari qiamat kelak. Allah s.w.t telah memberikan keistimewaan kepada umat manusia dengan ilmu pengetahuan. Allah s.w.t juga telah memberikan kepada manusia bekal kemampuan untuk belajar, mengajar dan menggunakan ilmunya. Manusia juga mahir cara-cara untuk merekod maklumat dan memindahkannya kepada yang lainnya tanpa melihat kepada banyaknya atau kepelbagaiannya.

           Al-Quran juga menegaskan bahawa ilmu pengetahuan yang benar adalah yang membawa kepada pengenalan kepada Allah dan beriman denganNya. Serta boleh membezakan yang hak dan yang batil ketika mereka dihadapkan dengan beberapa permasalahan.  Allah s.w.t Maha Melihat terhadap kebajikan orang yang melakukan kebaikan serta Maha Melihat terhadap orang yang melakukan kejahatan. Allah akan memberikan pembalasan bagi setiap manusia berdasarkan amal perbuatannya. Allah s.w.t telah menyuruh umat manusia untuk menggunakan pancaindera dan kemampuannya untuk memperhatikan nikmat-nikmat Allah s.w.t. Allah juga memerintahkan yang demikian supaya boleh membantu untuk memberikan petunjuk kepada Allah yang telah memberikan nikmat kehidupan baginya.


BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Monday, November 28, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (4)

KEWUJUDAN YANG KEKAL

          Di kalangan orang yang beriman dengan wujudnya Allah s.w.t atau dikalangan orang yang meragukan adanya Allah, ada yang menanyakan sama ada secara rahsia atau secara terus terang. Allah telah menciptakan alam ini, dan mereka tertanya-tanya tentang kewujudan Allah. Oleh sebab itu, munculnya soalan yang sedemikian kerana seseorang itu terlupa dengan dua perkara penting:-

          Pertama: Dia terlupa terhadap perbezaan antara tabiat alam yang wujud ini, sebagai contoh, jika salah seorang diantara kita menemui buku di atas jalanan. Kemudian kita tidak mempedulikannya atau kita tidak mengambilnya dan di sana tidak ada seorang pun yang wujud selain daripadanya. Beberapa saat kemudian, kita dapati buku tersebut wujud di rak perpustakaan. Jika yang demikian itu terjadi, maka kita tidaklah meragukan bahawa buku tersebut telah diangkat dan dibawa oleh seseorang dan buku tersebut tidak mungkin terangkat atau terbawa dengan dirinya sendiri sebab kita mengetahui secara yakin bahawa tabiat buku tersebut tidak berjalan dan tidak bergerak dengan sendirinya.  Sementara itu, jika meninggalkan seorang lelaki atau pun seorang perempuan di dalam sebuah bilik, dan dia tidak mempunyai sebarang penyakit dan tidak terkena sakit lumpuh, kemudian selepas itu, kita melihatnya terlentang di jalanan, maka yang demikian kita mengetahui secara pasti bahawa terlentangnya adalah dengan dirinya sendiri. Sebab diantara tabiat manusia bahawa dia berdiri, tidur, bergerak dan berdiam. Hal ini, sebagaimana buku berbeza dari segi tabiatnya dengan manusia. Oleh kerana itu, Allah s.w.t berbeza dari segi tabiatNya, zatNya, sifatNya dari segala sesuatu apa pun. Maha suci Allah daripada menyerupai sesuatu di antara makhlukNya.

         Kedua: persoalan yang menjadi tanda tanya tentang kewujudan Allah s.w.t. Logik dan pemikiran manusia adalah benar ketika dia mengambil sesuatu kesimpulan bahawa setiap mahkluk harus ada orang yang menciptakan. Tetapi logik pemikiran tersebut tidak boleh disamakan dengan kewujudan Allah. Tabiat sang percipta tidaklah sama dengan logik makhluk. Sebab kewujudan sang pencipta adalah berasaskan kepada zatnya sendiri.  Dia Maha tidak memerlukan terhadap apa yang diperlukan oleh makhluk daripada pelbagai sebab supaya dia boleh wujud dan berterusan di dalam kewujudannya.

KEKUASAAN ALLAH S.W.T

          Menurut pandangan Asy'riyyah secara mutlak lafaz al-khalik (pencipta) dan almukhtari' (krektor) diberikan kepada zat yang menciptakan sesuatu berdasarkan kekuasaanNya, sedangkan qudrah itu (kemampuan) dan al-maqdur (yang diberikan kemampuan) mengikut kekuasaan Allah SWT.  Maka Dia disebut pencipta dan krektor; al-maqdur bukan dibentuk oleh kekuasaan manusia, sekalipun ia mempunyainya, sehingga ia tidak disebut pencipta atau krektor, sehigga wajib dicari term lain,yang akhirnya ditemukan istilah kasb. Beliau juga berpendapat, upaya (al-kasb) merupakan bentuk kemampuan (al-maqdur) berdasarkan kekuasaan baru (qudrah hadithah), sedangkan kemampuan yang di dasarkan pada kekuasaan lama (qudrah qadimah) disebut penciptaan (al-khalq). Kekuasaan Allah adalah Maha sempurna. Kekuasaan tersebut terlepas daripada ikatan-ikatan kekuasaan yang ada pada makhluk. Kekuasaan Allah Maha Suci daripada halangan. Dia Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

           Kekuasaan Allah tidak tertanding oleh sesuatu sama ada yang kecil ataupun yang besar. Pengetahuan manusia terhadap kekuasaan Allah adalah bergantung kepada tahap kekuatan pemikiran manusia tersebut.  Manusia juga selalu diingatkan bahawa mereka tidak akan dapat terlepas daripada kekuasaan Allah. Segala amal perbuatan mereka di dunia tidak akan tersembunyi bagi Allah. Sebab semua umat manusia akan kembali kepadaNya. Allah s.w.t akan membangkitkan mereka dengan kekuasaanNya selepas kematian mereka untuk menerima pembalasan.

            Sesiapa yang berusaha mengumpulkan gambaran kehidupan di masa lalu dan akan datang dan kehidupan yang sedang berkembang dan yang sudah lumpuh, maka dia harus merasa hairan dan takjub terhadap kekuasaan agung yang menjadikan kehidupan alam semesta ini bahawa Allah s.w.t Maha Kuasa yang menguasai isi alam ini. Kekuasaan Allah tidak ada yang boleh menghalanginya. (Dr.Ahmad Zaki Hammad,2004:79-80).

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Sunday, November 27, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (3)

KETENTUAN DAN HUKUM ALLAH

          Perbuatan Allah Maha Suci daripada sia-sia. Pandangan Maturidiyyah ini berbeza dengan pandangan As'ariyyah, yang tidak mmbenarkan adanya alasan (ghayr al-mu'allal) dalam perbuatan Allah. Berbeza dengan Mu'tazilah yang membenarkan adanya alasan dalam perbuatan Allah, di mana perbuatan Allah mempunyai tujuan dan maksud tertentu.  Kerana itu Maturidiyyah berpendapat, bahawa pahala bagi yang taat dan siksa bagi yang berbuat maksiat mempunyai hiklmah yang dikehendaki olehNya. Menurut As'ariyya semua dapat berlaku semata - mata kerana kegungan dan kehendakNya.  Terdapat ahli falsafah bahawa berkata sesuatu yang tetap dan bertahan di atas ketetapan takdir Allah, sememangnya meniunjukkan ketelitian takdir dan ketinggian iaitu penciptanya iaitu Allah.

          Namun demikian, ia tidak memberi bukti terhadap kebebasan takdir yang diberi Allah ke atasnya. Sebagai contoh peredaran bumi mengelilingi matahari sejak zaman dahulu lagi telah diketahui tentang hukum alam ini. Peredaran ini menyebabkan berlakunya siang dan malam silih berganti. Menurut ahli falsafah, kejadian ini juga memberi makna bahawa tidak wujud kebebasan takdir pada alam. 

          Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyatakan kepada alam bukti-bukti tentang kebebasan takdir-Nya dalam hukum alam. Tetapi dengan hukum alam, apabila Allah s.w.t. memberikan kebebasan takdir-Nya dalam hukum alam, maka matahari akan terbit sehari dn terbenam dalam beberapa hari. Bgitu juga halnya dengan bumi. Jika kebebasan diberi kepadanya, maka mungkin ia akan bebas beredar mengikut sesuka hatinya, beroperasi untuk beberapa jam dan berhenti untuk beberapa jam kemudian .  Hasilnya rosak binasalah alam semesta ini. Demi memelihara kesempurnaan kehidupan makhluknya, Allah telah menetapkan hukum alam yang tidak berubah dari zaman ke zaman. Adalah salah jika ketetapan hukum alam yang dijadikan hujah untuk mengatakan tidak adanya kebebasan takdir.

          Hikmah Allah menetapkan hukum alam yang tidak berubah merupakan tanda kebebasan takdir-Nya agar alam tidak binasa. Allah s.w.t. tidak mengkehendaki adanya hukum yang dapat merosak alam ini. Akan tetapi Dia mengkehendaki adanya alam sesuai dengan keagungan Penciptanya. Maka dengan kebebasan takdir-Nya, ditetapkan-Nya hukum alam yang tetap dan tidak berubah-ubah.  Namun begitu bukanlah sesuatu sifat mustahil bagi Allah untuk mentakdirkan sesuatu yang di luar dari hukum yang telah ditetapkannya .Umpamanya menjadi pohon durian berbuah di luar musimnya.

KEBEBASAN KETENTUAN ALLAH

Manusia

          Sejarah awal penciptaan manusia bermula dengan nabi adam yang tidak mempunyai ibubapa.  Begitu juga dengan kelahiran nabi Isa yang tidak disebabkan oleh adanya seorang bapa. Ini jelas menunjukkan kebebasan Allah dalam menentu takdir. Kemampuan Allah s.w.t. tidak terikat dan tidak dibatasi oleh hukum. Allah s.w.t. adalh pencita segala sebab, penyebab dan kemampuanNyamentakdirkan sesuatu mengatasi segala sebab .

Keadaan alam sekitar

          Allah s.w.t. telah menetapkan menerusi huku alamNya iaitu terdapat kawasan yang mempunyai kadar taburan hujan yang banyak dan kawasam yang mempunyai kadar taburan hujan yang sedikit ataupun dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.  Justera itu, para ahli geologi telah mencatatkan di dalam peta kawasan-kawasan yang terbabit. Namun, bukanlah menjadi suatu kemestian di sisi Allah untuk tidak mendatangkan kemarau pada kawasan di mana taburan hujannya tinggi. 

          Sebagaimana yang telah terjadi di Malaysia sejak akhir-akhir ini.  Banyak kejadian banjir berlaku tanpa di sangka-sangka. Sebelum ini kejadian banjir hanya berlaku di kawsasan tertentu seperti di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu danJohor.  Tetapi sejak kebelakangan ini, kejadian banjir berlaku di serata tanahair serta di luar musim tengkujuh.  Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh dan tanah terjerlus yang terjadi di sanasini.  Di kawasan kediaman, di tengah bandar dan di sekitar lebuh raya seperti yang terjadi di kawasan Gua Tempurung. Walaupun berdasarkan ilmu kejuruteraan, ianya telah dibina dengan menggunakan sistem pertahanan canggih, ia tidak berupaya menahan runtuhan tanah di lereng bukit, baru beberapa tahun sudah musnah. Ini membuktikan bahawa dengan kebebasan takdirNya, Allah s.w.t.berhak menentukan apa dikehendakiNya.

          Hikmah disebalik kejadian Allah s.w.t. ingin memberitahu kepada makhluknya yang bernama manusia bahawa dia berkuasa diatas segala sesuatu. Kuasanya mengatasi segala kuasa yang ada. Maka janganlah manusia bertindak sombong dan membelakangkan perintahNya .

Hasil Tanaman

          Di dalam bidang pertanian, manusia mengusahakan pelbagai jenis tanaman yang ditanam untuk dijual atau untuk dimakan sendiri.  Demi menghasilkan produktiviti yang tinggi, pelbagai penyelidikan telah dijalankan. Pelbagai jenis benih sayur dan tanaman yang bermutu tinggi telah berjaya dihasilkan. Selain itu, persekitaran yang subur dan baik juga telah diadakan demi untuk meningkatkan mutu tanaman dan produktiviti pertanian seperti tah-tanih yang subur, sistem pengaliran yang baik dan kawalan terhadap serangga perosak.  Namun, gejala seperti kejadian banjir, kemarau dan tanaman dimusnahkan oleh wabak penyakit yang tidak dapat dielakkan mengakibatkan kerosakan besar pada tanaman. Akibatnya, petani mengalami kerugian besar.ini sama sekali tidak dapat dielakkan dan berlaku di luar jangkaan dan keupayaan manusia untuk menahannya dari berlaku .

Haiwan

          Kebebasan takdir Allah dapat disaksikan pada haiwan. Banyak haiwan yan mempunyai kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan manusia tetapi digunakan dan ditundukkan oleh Allah s.w.t. bagi kepentingan manusia.  Sebagai contoh ialah lembu, kuda, kerbau, gajah, ikan lumba-lumba (dolphin)dan haiwan yang terkenal ganas seperti harimau, anjing dan singa.  Lembu, kuda, kerbau dan gajah merupakan binatang yang bertubuh besar dan mempunyai kekuatan yang berganda berbanding seorang manusia. Dengan hanya meletakkan sebuah tapak kakinya ke atas seorang manusia seekor gajah dapat membunuh seorang manusia. Hakikatnya Allah yang maha pencipta diatas segala haiwan tersebut .

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Saturday, November 26, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (2)

ALLAH MAHA PENCIPTA

          Allah adalah pencipta segala sesuatu, namun hikmahNya menghendaki bahawa manusia berhak mendapat pahala dan siksa, setelah manusia diberi pilihan untuk memilih masing-masing.  Manusia boleh melakukan perbuatan dengan kekuatan yang diciptakan oleh Allah kepada dirinya. Dengan kekuatan ini juga Dia boleh tidak melakukan perbuatan.  Jadi usaha (al-kasb) berjalan mengikut kekuatan yang diberikan ole Allah SWT kepada manusia. Dengan kata lain, konsep usaha (al-kasb) Maturidiyyah dapat di tentukan oleh manusia dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepadanya. Dalam keadaan ini, konsep usaha (al-kasb) Maturidiyyah berbeza dengan Asy'ariyyah. Sebab usaha (al-kasb) Asy'ariyyah tidak mempunyai pengaruh, kerana ia diciptakan oleh Allah, sama dengan perbuatan itu sendiri.

          Lazimnya benda-benda yang sekecil manapun apabila ia dicipta oleh manusia, maka tidak segan-segan orang yang bersangkutan mengumumkannya pada khalayak ramai. Maka akan tersebarlah berita tentang hasil penciptaan sesuatu barang itu beserta nama penciptanya di mana-mana.  Sebagaimana Alexander Graham Bell yang di kenali ramai dengan penciptan telefon. Setengah orang mengabdikan namanya pada barang ciptaannya. Contohya seperti Henry Ford yang mengenalkan jenis kereta Ford.  Pencipta sesuatu jenis barang lazimnya berusaha agar seluruh dunia mengenal dirinya, nama, riwat hidupdan kisah penemuanya terhadap sesuatu jenis barang ciptaannya. Betapalah lagi bagi pencipta seluruh alam ini. Sudah tentu ingin dirinya diketahui umum.

          Namun sehingga kini tiada seorang pun yan mengaku bahawa dialah yang mencipa langit, bumi dan ,manusia. Hanya Allah yang mengakui demikian. Dan orang-orang kafir pun tidak membantah tentang hakikat ini. Dalam firman Allah: "Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. 

          Alam yang dimaksudkan di sini bukan tertumpu pada langit dan bumi saja malah segala yang beredar di langit, melayap, merata, berterbangan di bumi dan apa juga yang dapat ditudukkan oleh kemampuan manusia.  Manusia hanya mampu meningkatkan mutu dan memperbanyakkan hasil keluaran sesuatu jenis tanaman itu. Sebagaimana pokok getah yang berasal dari Negara lain dan dibawa ke Malaysia. Ia ditanam dengan meluasnya di malayia dan akhirnya menjadi salah satu hasil eksport utama Malaysia suatu masa dahulu.Semua hasil penemuan ilmiah berasal dari sesuatu yang sudah ada. Tidak ada satu pun berasal dari yang tidak ada.  Begitu juga dengan pelbagai jenis haiwan burung dan serangga. Ia dihasilkan dari dua jenis jantina iaitu jantan dan betina (mansuruddin, 1996). Firman Allah s.w.t.: " Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)" ( Az-Zariat : 49).

KETELITIAN CIPTAAN ALLAH

          Allah mencabar manusia untuk mencita sesuatu makhluk dari ketiada ke ada. Atau mencipta jantina lelaki dan perempuan. Firman-Nya : " Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat.  Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.  (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya)" (Surah Al-Hajj:73). 

          Cabaran dari Allah ini akan terus berlaku dan berterusan sehingga ke hari kiamat.  Meskipun berkumpul sekalian pakar-pakar dari seluruh dunia dan bekerjasama, mereka tidak akan mampu untuk mencipta seekor lalat pun. Sehingga ini, manusia telah melangkah menjelajahi bulan , planet Marikh dan melakukan pelbagai penerokaan angkasa lepas. Namun mereka tidak berupaya untuk mencipta sesuatu. Telah terbukti bahawa matahari, bulan, dan bintang-bintang beredar dengan perhitungan tepat tanpa pernah maju atau mundur sedikit pun dalam terbit mahupun terbenamnya sejak berjuta tahun lalu.

          Masing-masing mempunyai garis edar tersendiri dengan jarak edar tetentu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. manusia tidak mampu mengejar terbitnya matahari walaupun hanya satu detik. Tidak juga manusia mampu menghenti atau mempercepat putaran bumi meskipun hanya seketika.  Meninjau tentang kejadian alam ini, jelas sekali membuktikan tentang ketelitian , keagungan dan kemampuan Al-Khalik sebagai Maha Pencipta. Ianya tidak dapat disanggah lagi oleh sesiapa pun.


BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Friday, November 25, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (1)

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

          Menurut Jabariyyah manusia tidak dapat menciptakan perbuatannya. Kerana itu apa punperbuatan yang menimpa dan berasal dari manusia, tidak dapat dinisbatkan kepadanya.Sebab manusia tidak mempunyai kemampuan ( istitha'ah). Sebaliknya manusia dipaksa untuk melakukan perbuatan tersebut. Dia juga tidak mempunyai kemampuan, kehendakserta pilihan . Dalam membahaskan bukti-bukti material tentang kewujudan Allah, adalah lebih baik dimulai dengan membahaskan tentang kewujudan makhluk itu sendiri. Ia merupakanbukti paling dekat dan jelas dengan kita. Ia sentiasa berada di hadapan kita dan kita temui sehari-hari.

           Hakikat kewujudannya memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua.  Benda-benda tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia,dan seluruh makhluk-Nyabersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah. Semua bersaksi bahawa adanya buktibukti tentang kesaanya yang tidak memerlukan perbahasan, pemikiran, dan fahaman yang sulit .Allah s.w.t. telah mencipta bukti-bukti lahiriah tentang kewujudanNya, sehinggasemua akal perasaan berbicara tentang kewujudan dan kesaan Allah s.w.t. Allah telah menjadikan akal sebagai alat pertama untuk menyedari (memahami) wujudNya, sehingga akal tersebut dapat menangkap pengertian untuk selanjutnya memahami wujud Allah melalui dalil akal terhadap apa yang di ciptakanNya dalam alam semesta .

KEKELIRUAN SISTEM ALAM DAN KEJADIAN MANUSIA

          Dalam sistem cakerawala, bumi dan bulan dan segala planet yang ada di sekitarnya beredar mengelilingi matahari. Tidak pernah terjadi dalam sejarah, matahari, planet bumi, Marikh atau Zuhal bergerak di luar garis orbitnya dan melanggar planet lain. Jika itu berlaku tandanya alam ini sudah hamper tiba ke garisan penamatnya iaitu kiamat.  Begitu juga dengan kejadian siang dan malam yang berlaku silih berganti .  Telah muncul beberapa teori karut yang menyesatkan manusia berkenaan asal kejadian langit, bumi dan manusia. Kononya manusia itu berasal dari kera. Ini merupakan satu teori yang tidak dapat di terima oleh akal. Mustahil kita tidak pernah menyaksikan tanda-tanda perubahan (evolusi) itu berlaku di hadapan mata kita. Kalau manusia merupakan hasil evolusi dari kera, mengapakah sejak dahulu ker-kera itu tetap sebagai kera dan tidak pernah berubah menjadi makhluk seperti manusia.

           Sesungguhnya proses kelahiran bayi atau anak adalah di dahului oleh perhubungan antara lelaki dan perempuan. Allah s.w.t. telah menyatakan di dalam al-Quran bahawa asal-usul kejadian manusia itu adalah dari setitis air mani yang ditumpahkan kedalam rahim perempuan. Hasil percantuman benih antara lelaki dan perempuan inilah yang menghasilkan keturunan manusia.  Manusia Allah jadikan berbeza statusnya dari haiwan seperti kera. Manusia dibekalkan Allah dengan akal fikiran dan naluri fitrah yang sungguh berbeza dari haiwan. 

          Manusia secara fitrahnya sukakan ilmu pengetahuan, mencuba sesuatu yang baru, bertamadun dan bermasyarakat. Dengan akal ini mereka dapat membezakan antara sifat kemanusiaan dan kebinatangan. Dengan ilmu dan akal yang diberi Tuhan, mereka berupaya mencetus dan membangunkan pelbagai bidang. Tamadun yang tinggi berupaya mencetus dan membangunkan pelbagai bidang. Tamadun teknologi yang tinggi berupaya menghubungkan antara satu sama lain pada suatu masa yang sama meskipun berada pada jarak yang jauh. Contohnya mereka telah mencipta satelit dan sistem perhubungan melalui internet berkomputer.  Sesungguhnya kekuatan akal semata-mata tidak akan dapat memberikan jawapan terhadap rahsia penciptaan ala mini. Segala-galanya berada di dalam pengetahuan penciptanya iaitu Allah s.w.t. bahkan tidak ada seorangpun yang mendakwa dirinya sebagai pencipta sesuatu makhluk itu selain dari Allah Taala sendiri .

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Wednesday, November 23, 2011

MENGENAL SIFAT ALLAH

Sifat allah

Kesimpulannya seorang yang beriman wajib mengetahui nama-nama Allah disamping itu kita hendaklah mengamalkan segala perintahNYA. 

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Tuesday, November 22, 2011

ASMAUL HUSNA (99 NAMA ALLAH)



Penawar hati.








BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Sunday, November 20, 2011

PANDUAN MEMBENTUK AKIDAH ANAK-ANAK

Panduan Membentuk Akidah Anak-Anak


INFO:-
Tujuan mempelajari ilmu akidah:




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Wednesday, November 16, 2011

SLIDE SHOW - TEKS JAWI

Beriman Kepada Allah


NOTA GURU :-
Slide di atas  akan memudahkan guru dan murid membaca petikan jawi.
Guru hendaklah menjelaskan tentang kekuasaan Allah dengan menunjukkan contoh-contoh lain.


INFO :-
Wahyu : Pengajaran Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibril kepada nabi dan rasul.

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Tuesday, November 15, 2011

LEMBARAN KERJA

Contoh latihan/lembaran kerja yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.
File 0019


File 0016


NOTA GURU :-
Lembaran kerja murid di atas sesuai diberikan kepada murid selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di kelas.

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Sunday, November 13, 2011

KONSEP AKIDAH

Konsep Akidah


Tahukan anda?
Nama-nama lain ilmu akidah ialah:
Ilmu Kalam
Ilmu Ma’rifah
Ilmu Tauhid 
Ilmu Usuluddin



BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Saturday, November 12, 2011

TANDA-TANDA ORANG BERIMAN

Semoga kita tergolong daripada orang-orang yang beriman.


Cuba lihat:-

http://vimeo.com/24405984


Cuba dengarkan:-


INFO:-
HUBUNGAN AKIDAH DENGAN SYARIAT
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna mengandungi aspek akidah dan syariat.

Akidah ialah kepercayaan di dalam hati tentang kewujudan Allah S.W.T, malaikat, kitab, rasul-rasul, hari akhirat serta qada’ dan qadar.

Syariat pula ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T samada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan.

Kedua-duanya berhubung rapat antara satu sama lain. Akidah dan syariat dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya maka tidak sempurnalah iman seseorang.
Teliti hubungan akidah dan syariat dalam jadual berikut:-



BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Jom menyanyi...

Sekadar ingatan.




INFO :-

Apakah pengertian akidah yang salah?



Apakah ciri-ciri akidah yang salah?




BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

Friday, November 11, 2011

PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Peliharalah diri dan keluarga kita daripada azab api neraka.

Sila lihat:-


INFO :-CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR





BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)