www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Tuesday, November 29, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (5)

ILMU ALLAH S.W.T

          Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Lafaz al-Quran tidak dapat disebut makhluk, dan juga bukan makhluk ini sebagai kritik terhadap pandangan mu'tazilah, bahawa al-Quran adalh makhluk yang diciptakan oleh Allah, juga pandangan Hasyawiyyah yang berpendapat bahawa huruf-huruf, jisim, warna dan apa sahaja yang terdapat diantara dua bahagian mushaf adalah bukan makhluk .  Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Kuasa mempunyai ilmu yang dapat mengetahui terhadap segala sesuatu yang wujud. Ilmu Allah terhadap zatNya dan makhlukNya adalah sama dengan kesempurnaanNya dan ketuhananNya. Tidak ada sesuatu yang ghaib daripada ilmuNya yang ada di dalam alam ini.

          Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang terdapat di dalam alam zarrah dan Maha Mengetahui  terhadap apa yang berlaku terhadap galaksi raya. IlmuNya mengetahui terhadap apa sahaja yang berlaku serta Allah Maha Mengetahui terhadap alam kehidupan dan segala sesuatu. Dia Maha Mendengar terhadap apa sahaja yang ditimbulkan oleh sesuatu. Malah Dia Maha Mengetahui segala bilangan yang terdapat di dalam dunia ini. Ilmu Allah tidak hanya terhad dan tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Ilmu Allah juga tidak hanya terbatas kepada alam ghaib ataupunalam nyata. Pada ilmu Allah, segala sesuatu yang dekat dan jauh adalah sama sahaja. Isyarat al-Quran terhadap keluasan ilmu Allah telah membawa pemikiran umat manusia kepada keagungan kewujudan Allah s.w.t juga akan menimbulkan di dalam jiwa manusia sebuah perasaan bertanggungjawab terhadap perbuatannya, pemikirannya dan sikapnya. Allah s.w.t telah mensabitkan akan kehadiran Allah bersama manusia, sama ada di kala bersendirian ataupun ketika berteman dengan orang lain.

          Perbincangan al-Quran mengenai ilmu Allah s.w.t terhadap segala keadaan manusia, suratan hati nurani, dan perbuatan mereka adalah berhubungkait dengan sikap manusia supaya beriman kepada Allah s.w.t dan juga beriltizam dengan petunjuknya di dalam segala urusan kehidupan. Kemudian kembalinya manusia menghadap Allah s.w.t serta pembalasan mereka daripada setiap sesuatu yang mereka lakukan. Di antara hakikat yang menakjubkan bahawa alam dengan segala isinya adalah membenarkan bagi ilmu Allah dan hukumnya.

           Al-Quran telah menceritakan tentang sekelompok daripada kalangan orang yang mendustakan orang-orang yang berprasangka bahawa Allah s.w.t dapat lupa terhadap apa yang mereka lakukan. Akan tetapi anggota badan mereka akan menjadi saksi ke atas perbuatan mereka di hari qiamat kelak. Allah s.w.t telah memberikan keistimewaan kepada umat manusia dengan ilmu pengetahuan. Allah s.w.t juga telah memberikan kepada manusia bekal kemampuan untuk belajar, mengajar dan menggunakan ilmunya. Manusia juga mahir cara-cara untuk merekod maklumat dan memindahkannya kepada yang lainnya tanpa melihat kepada banyaknya atau kepelbagaiannya.

           Al-Quran juga menegaskan bahawa ilmu pengetahuan yang benar adalah yang membawa kepada pengenalan kepada Allah dan beriman denganNya. Serta boleh membezakan yang hak dan yang batil ketika mereka dihadapkan dengan beberapa permasalahan.  Allah s.w.t Maha Melihat terhadap kebajikan orang yang melakukan kebaikan serta Maha Melihat terhadap orang yang melakukan kejahatan. Allah akan memberikan pembalasan bagi setiap manusia berdasarkan amal perbuatannya. Allah s.w.t telah menyuruh umat manusia untuk menggunakan pancaindera dan kemampuannya untuk memperhatikan nikmat-nikmat Allah s.w.t. Allah juga memerintahkan yang demikian supaya boleh membantu untuk memberikan petunjuk kepada Allah yang telah memberikan nikmat kehidupan baginya.


BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

0 comments:

Post a Comment