www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Sunday, November 27, 2011

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH (3)

KETENTUAN DAN HUKUM ALLAH

          Perbuatan Allah Maha Suci daripada sia-sia. Pandangan Maturidiyyah ini berbeza dengan pandangan As'ariyyah, yang tidak mmbenarkan adanya alasan (ghayr al-mu'allal) dalam perbuatan Allah. Berbeza dengan Mu'tazilah yang membenarkan adanya alasan dalam perbuatan Allah, di mana perbuatan Allah mempunyai tujuan dan maksud tertentu.  Kerana itu Maturidiyyah berpendapat, bahawa pahala bagi yang taat dan siksa bagi yang berbuat maksiat mempunyai hiklmah yang dikehendaki olehNya. Menurut As'ariyya semua dapat berlaku semata - mata kerana kegungan dan kehendakNya.  Terdapat ahli falsafah bahawa berkata sesuatu yang tetap dan bertahan di atas ketetapan takdir Allah, sememangnya meniunjukkan ketelitian takdir dan ketinggian iaitu penciptanya iaitu Allah.

          Namun demikian, ia tidak memberi bukti terhadap kebebasan takdir yang diberi Allah ke atasnya. Sebagai contoh peredaran bumi mengelilingi matahari sejak zaman dahulu lagi telah diketahui tentang hukum alam ini. Peredaran ini menyebabkan berlakunya siang dan malam silih berganti. Menurut ahli falsafah, kejadian ini juga memberi makna bahawa tidak wujud kebebasan takdir pada alam. 

          Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyatakan kepada alam bukti-bukti tentang kebebasan takdir-Nya dalam hukum alam. Tetapi dengan hukum alam, apabila Allah s.w.t. memberikan kebebasan takdir-Nya dalam hukum alam, maka matahari akan terbit sehari dn terbenam dalam beberapa hari. Bgitu juga halnya dengan bumi. Jika kebebasan diberi kepadanya, maka mungkin ia akan bebas beredar mengikut sesuka hatinya, beroperasi untuk beberapa jam dan berhenti untuk beberapa jam kemudian .  Hasilnya rosak binasalah alam semesta ini. Demi memelihara kesempurnaan kehidupan makhluknya, Allah telah menetapkan hukum alam yang tidak berubah dari zaman ke zaman. Adalah salah jika ketetapan hukum alam yang dijadikan hujah untuk mengatakan tidak adanya kebebasan takdir.

          Hikmah Allah menetapkan hukum alam yang tidak berubah merupakan tanda kebebasan takdir-Nya agar alam tidak binasa. Allah s.w.t. tidak mengkehendaki adanya hukum yang dapat merosak alam ini. Akan tetapi Dia mengkehendaki adanya alam sesuai dengan keagungan Penciptanya. Maka dengan kebebasan takdir-Nya, ditetapkan-Nya hukum alam yang tetap dan tidak berubah-ubah.  Namun begitu bukanlah sesuatu sifat mustahil bagi Allah untuk mentakdirkan sesuatu yang di luar dari hukum yang telah ditetapkannya .Umpamanya menjadi pohon durian berbuah di luar musimnya.

KEBEBASAN KETENTUAN ALLAH

Manusia

          Sejarah awal penciptaan manusia bermula dengan nabi adam yang tidak mempunyai ibubapa.  Begitu juga dengan kelahiran nabi Isa yang tidak disebabkan oleh adanya seorang bapa. Ini jelas menunjukkan kebebasan Allah dalam menentu takdir. Kemampuan Allah s.w.t. tidak terikat dan tidak dibatasi oleh hukum. Allah s.w.t. adalh pencita segala sebab, penyebab dan kemampuanNyamentakdirkan sesuatu mengatasi segala sebab .

Keadaan alam sekitar

          Allah s.w.t. telah menetapkan menerusi huku alamNya iaitu terdapat kawasan yang mempunyai kadar taburan hujan yang banyak dan kawasam yang mempunyai kadar taburan hujan yang sedikit ataupun dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.  Justera itu, para ahli geologi telah mencatatkan di dalam peta kawasan-kawasan yang terbabit. Namun, bukanlah menjadi suatu kemestian di sisi Allah untuk tidak mendatangkan kemarau pada kawasan di mana taburan hujannya tinggi. 

          Sebagaimana yang telah terjadi di Malaysia sejak akhir-akhir ini.  Banyak kejadian banjir berlaku tanpa di sangka-sangka. Sebelum ini kejadian banjir hanya berlaku di kawsasan tertentu seperti di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu danJohor.  Tetapi sejak kebelakangan ini, kejadian banjir berlaku di serata tanahair serta di luar musim tengkujuh.  Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh dan tanah terjerlus yang terjadi di sanasini.  Di kawasan kediaman, di tengah bandar dan di sekitar lebuh raya seperti yang terjadi di kawasan Gua Tempurung. Walaupun berdasarkan ilmu kejuruteraan, ianya telah dibina dengan menggunakan sistem pertahanan canggih, ia tidak berupaya menahan runtuhan tanah di lereng bukit, baru beberapa tahun sudah musnah. Ini membuktikan bahawa dengan kebebasan takdirNya, Allah s.w.t.berhak menentukan apa dikehendakiNya.

          Hikmah disebalik kejadian Allah s.w.t. ingin memberitahu kepada makhluknya yang bernama manusia bahawa dia berkuasa diatas segala sesuatu. Kuasanya mengatasi segala kuasa yang ada. Maka janganlah manusia bertindak sombong dan membelakangkan perintahNya .

Hasil Tanaman

          Di dalam bidang pertanian, manusia mengusahakan pelbagai jenis tanaman yang ditanam untuk dijual atau untuk dimakan sendiri.  Demi menghasilkan produktiviti yang tinggi, pelbagai penyelidikan telah dijalankan. Pelbagai jenis benih sayur dan tanaman yang bermutu tinggi telah berjaya dihasilkan. Selain itu, persekitaran yang subur dan baik juga telah diadakan demi untuk meningkatkan mutu tanaman dan produktiviti pertanian seperti tah-tanih yang subur, sistem pengaliran yang baik dan kawalan terhadap serangga perosak.  Namun, gejala seperti kejadian banjir, kemarau dan tanaman dimusnahkan oleh wabak penyakit yang tidak dapat dielakkan mengakibatkan kerosakan besar pada tanaman. Akibatnya, petani mengalami kerugian besar.ini sama sekali tidak dapat dielakkan dan berlaku di luar jangkaan dan keupayaan manusia untuk menahannya dari berlaku .

Haiwan

          Kebebasan takdir Allah dapat disaksikan pada haiwan. Banyak haiwan yan mempunyai kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan manusia tetapi digunakan dan ditundukkan oleh Allah s.w.t. bagi kepentingan manusia.  Sebagai contoh ialah lembu, kuda, kerbau, gajah, ikan lumba-lumba (dolphin)dan haiwan yang terkenal ganas seperti harimau, anjing dan singa.  Lembu, kuda, kerbau dan gajah merupakan binatang yang bertubuh besar dan mempunyai kekuatan yang berganda berbanding seorang manusia. Dengan hanya meletakkan sebuah tapak kakinya ke atas seorang manusia seekor gajah dapat membunuh seorang manusia. Hakikatnya Allah yang maha pencipta diatas segala haiwan tersebut .

BELAJAR KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEMEWAHAN DUNIA AKAN HANYA MENAMBAH BEBAN. IKHLASKAN PERJALANAN ILMU UNTUK MENCARI REDHA-NYA :)

0 comments:

Post a Comment